28 mei 19xx...
Alangkah bahagianya pagiku disinari cahaya kasih sayangmu...
Hangat pelukan yang diimpikan setiap insan dari seseorang..
Kau menyentuh dahiku dengan penuh kelembutan..
Mencium pipiku sambil berkata lembut
bahawa kau menyayangiku...
Mulut yang muncung...
Terukir senyuman sambil memeluk tubuh insan tersayang...
29 mei 19xx..
Kau mengajar aku erti kehidupan...
Susah dan senang hidup berdikari...
Jari jemari mu yang lembut lantas mencubit manja..
Jika aku melakukan salah...
Air mataku mengalir..
Lalu kau mengesatnya..
Dan cuba untuk menenangkan aku..
Sambil memujuk dengan kata-kata pujian...
Alangkah indahnya bersamamu...
30 mei 19xx
Hari yang cerah berubah gelap...
Disaat mentari melabuhkan tirainya...
Kau pergi meninggalkan aku...
Menjauh dariku buat selamanya...
Tiada yang memberi inspirasi kepadaku lagi...
Tiada yang memberi kekuatan lagi....
Tiada yang memberi dorongan kini...
Mengapakah disetiap kehidupan adanya kematiaan...???
Namun kau tidak akan mati diingatan ku...
-ibu- JAMILAH


